Cabaran sebenar dalam perkahwinan ialah apabila kita mula mempunyai anak. Jangan salah faham, anak itu kurniaan rezeki dari Allah s.w.t.. Ianya juga datang dengan tanggungjawab yang perlu kita laksanakan. Tak kira suami atau isteri. Kedua-duanya perlu memainkan peranan menjaga dan mengurus anak. Dalam keadaan kita kesibukan seharian bekerja, soal mengurus anak menjadi lebih memcabar buat kita. Bagi pasangan yang baru berkahwin dan dikurniakan anak pertama cabarannya berbeza berbanding pasangan yang telah lama berkahwin dan mempunyai anak lebih dari seorang.
Kebiasaan seorang suami, selalunya tanggungjawab menjaga dan mengurus anak diserahkan sebahagian besarnya kepada isteri. Peringkat permulaan apabila anak baru dilahirkan, soal menyusu badan, mandikan anak dan menidurkan anak banyak dilakukan oleh si isteri. Tetapi sebenarnya apabila anak mula membesar, tugas2 seperti memandikan anak boleh dilakukan oleh si suami. Berbahagi-bahagilah kerja dengan isteri walau sesibuk mana sekalipun. Jika tidak pun bantulah isteri mengurus rumahtangga seperti bersihkan rumah, menyediakan makanan (kalau tak pandai masak, beli jika mampu), memastikan keperluan isteri makan pakainya terurus dengan baik. Barang diingat wahai sang suami, isteri kita pun pandai letih. Ingat mudah ke nak menyusu badan anak 24 jam. Nak bangun malam bila anak merengek nak susu atau lampin dah penuh nak kena tukar. Kebanyakan masa si isteri yang ambik peranan ni. Ini belum cerita lagi bila anak sakit. Nak kena pujuk kalau anak merengek kesakitan malam-malam buta. Nak kena bagi ubat ikut waktu2 yg ditetapkan. Pendek kata bukan mudah mengurus apabila kita mula dikurniakan anak.
Sebab tu penting untuk suami dan isteri bertolak ansur. Bagi-bagi kerja. Persefahaman itu penting. Gilir2 jaga anak. Gilir2 urus makan pakai keluarga. Jahanam rumahtangga kalau suami malas serba serbi. Semua diserahkan kat isteri. Jaga anak dia, memasak dia, basuh kain dia, lipat kain dia, semua dia. Kalau yang suri rumah boleh tahan lagi, tapi kalau yang bekerja pulak macam mana. Bertambah tambahlah kepenatan keletihan isteri kita. Bila dah letih mulalah emosi tak stabil. Pantang terasa, mesti meletop punyalah. Bergaduh laki bini tak sudah.
Ingatlah, sepatutnya kita rasa seronok apabila dikurniakan anak bukannya sengsara. Yang buat jadi sengsara ni kita sendiri. Jadi para suami bertolak ansurlah, ringankan tulang, ketepikan ego, jadilah suami dan bapak yang bertanggungjawab. Wallahualam.