
Antara benda yang paling kita frust dalam perkahwinan ni bila satu2 perkara tak berlaku seperti yang kita harapkan. Pasangan-pasangan yang baru kahwin mesti experience benda ni gila2. Masa bercinta memanglah semuanya baik bebenor. Bila dah kahwin baru la terkeluar semua perangai sebenar. Masa belum kahwin elok je dia cakap elok, lembut, perlahan dengan aku, bila dah kahwin bukan main garang kasar lagi. Yang tak tahan tu jenis pengotor, baling sana sini baju seluar langsung tak ambik pot pasal kebersihan rumah. Ada pulak jenis pemalas yang amat, kerja rumah semua dia sub con dekat bini dia. Dia dok sibuk layan tepon takpun game PUBG. Member ajak ngeteh laju keluar rumah. Lama pulak tu macam tak reti2 bqlik rumah.
Dah kahwin barulah ko betul2 kenal pasangan kita. Terima je lah, tadah je lah. Macam mana bentuk rupa dia, perangai dia, sifat dia, fizikal dia semua ko nak kena terima dengan hati terbuka. Kalau ko susah nak terima dan harap dia berubah memang susahlah hidup korang. Manjang bergaduh je la. Cakap bincang elok2 pelan2. Berfikiran terbuka, bukak hati ke dada ke lapang2. Kalau nak tegur berhemahlah pelan2, manja2, gurau2 dulu, tengok timing sesuai. Jangan orang penat baru balik kerja, air pun tak sedia lepas tu ko bagi kat dia satu das lepas expect dia pahan dah berubah. Memang takde lah. Ambil pendekatan bijak dan timing yang sesuai. Yang kena tegur pun chill la lapang dada, tarik nafas dalam2, pekena kopi barang seteguk dua. Kalau setakat nak berubah sikit2 untuk kebaikan apa salahnya. Buang ego jauh2. Isteri dan keluarga yang lebih penting. Apa2 pun suami isteri jangan marah2 JAGA BAHASA, JAGA INTONASI SUARA, BERLEMBUT TAK KIRA LAKI KE BINI. Insha Allah semua boleh kita selesai dengan cara yang baik.